Sunday 22 June 2014

Pengenalan

Cempuling ataupun cempoling adalah satu nama muzik yang sememangnya asing kepada kebanyakan masyarakat tetapi tidak kepada masyarakat Jawa terutamanya yang masih mengamalkan sistem-sistem tradisi mereka.  Cempoling ini sememangnya masih dikenali di dalam masyarakat Jawa khususnya di Kampung Bukit Kapar, Selangor yang mempunyai lebih kurang lima pasukan permainan muzik cempuling ini.  Ia kerap dimainkan sewaktu kenduri kahwin, majlis-majlis rasmi dan sebagainya.  Permainan muzik etnik Jawa ini lazimnya dimainkan secara berkumpulan yang mengadungi 6 hingga 12 orang ahli muzik termasuk penyanyi.

Cempuling sebenarnya adalah muzik yang memperdengarkan kepada kita lagu-lagu yang berunsur nasihat dan teladan buat panduan para pendengar.  Alatan-alatan muzik yang digunakan aialah seperti gendang, gong, kempol, kempreng dan juga eteng-eteng.  Alat-alat ini bergabung menjadikan satu muzik yang menghasilkan gema bunyi yang berbeza antara satu sama lain dan alunan irama yang merdu.


Definasi Cempoling

Cempuling merupakan satu kumpulan alatan muzik yang hanya menggunakan pukulan untuk menghasilkan pelbagai rentak dan irama.  Ia merupakan gabungan tiga suku kata iaitu 'cem' yang bermaksud macam-macam.   Macam-macam yang dimaksudkan disini adalah dari segi alat muzik itu sendiri dan juga sikap manusia.  Alat muzik seni cempuling mempunyai pelbagai saiz dan juga bentuk dan menghasilkan bunyi yang agak berbeza.  Sikap manusia yang digambarkan pula adalah setiap manusia mempunyai perangai atau sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. 'pul' bermaksud berkumpul.  Kumpulan seni cempuling akan berkumpul jika ingin bermain alat muzik tersebut.  'ling' pula diambil dari perkataan eleng.  Eleng adalah perkataan Jawa Halus yang bermaksud ingat-mengingati antara satu sama lain.  Jadi maksud penuh Cempuling adalah satu kumpulan yang saling ingat mengingati di dalam pelbagai hal iaitu hal yang bersangkutan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment