Monday 23 June 2014

Sejarah Ringkas Perkembangan Seni Cempoling di Bukit Kapar

Menurut Encik Mustakim, beliau mula tertarik untuk mempelajari permainan muzik cempuling ini setelah mencuba beberapa lagi permainan muzik tradisional yang lain yang terdapat di kampungnya seperti ghazal, kumpulan joget lambak dan lain-lain.  Akhirnya beliau memilih untu bermain Cempuling kerana beliau mendapati bahawa muzik cemouling ini banyak membawa manafaat kepada masyarakat kerana dendangan lagu-lagunya  yang sentiasa ingat-mengingati di antara satu sama lain.  Jadi setelah mempelajari secara asas daripada datuknya, bliau telah menuntut ilmu cempuling ini daripada Tuan Haji Ehsan Bin Kasman.  Beliau telah mempelajari cara mengendalikan enteng-enteng dengan sempurna daripada guru beliau ini, kerana enteng-enteng adalah nadi kepada permainan cempuling.  Jadi seseorang yang ingin mahir bermain muzik ccempuling ini seharusnya mahir bermain alat-alatan enteng-enteng inin.  Kemudian beliau melanjutkan lagi perguruan Cempuling ini dengan berguru kepada tuan haji Shafie Bin Haji Suliaman.  Di sinilah bermulanya keaktifan Encik Mustakim memperkembangkan kesinian Cempuling ini di Kampung Bukit Kapar.

Pada tahun 1930, seni cempuling mula bertapak di Klang, Selangor Darul Ehsan.  Tuan Haji Ikhsan (Kasban) dipercayai sebagai pelopor permainan seni cempuling Bukit Kapar, sehingga tahun 60an.  Pada tahun 1960, terdapat tiga kumpulan seni Cempuling yang aktif di Kampung Bukit Kapar iaitu di kawasan Lapis 7 Bukit Kapar di bawah pimpinan Haji Kasban, sementara di kawasan Kauman Masjid Bukit Kapar di bawah pimpinan Haji Shafir Haji Sulaiman dan yang ketiga ialah di bawah kelolaan haji Jaafar iaitu di Kawasan Paya Barat Bukit Kapar.

Kumpulan Seni Cempuling di Bukit Kapar pada tahun 1970 hampir pupus disebabkan kebanyakan ahlinya telah berpindah ke daerah lain dan negeri untuk mencari 'Sandang Pangan'.  Ada diantara yang berpindah itu telah menubuhkan kempulan Cempuling baru di daerah masing-masing seperti Kampung Endah, Sungai Kelambu, Sungai Lang, Kanchung di daerah Sungai Langat.  Kesedaran mulai timbul dikalangan ahli-ahli muzik Cempuling di Bukit Kapar, bimbang akan berlaku kepupusan permainan Cempuling ini, maka aktivis seni Cempuling ini telah bersatu untuk menghidupkan semula kumpulan seni Cempuling walaupun terdapat beberapa kerumitan untuk mendapatkan ahli baru pada peringkat awalnya.  Ini adalah kerana permainan ini tidak begitu popular di kalangan golongan remaja.

Tahun 1985 Kumpulan Seni Cempuling Era Baru di bawah pimpinan Encik Mustakim Abdullah mula bergiat ke arah pemodenan dari segi persembahan pakaian, senikata lagi yang diubahsuai senikatanya di dalam bahasa melayu tanpa membuang unsur-unsur tradisionalnya.  Tahun 1990 sehinggalah sekarang ini Kumpulan Seni Cempuling Era Baru Bukit Kapar ini telah menjadi satu kumpulan yang aktif dan agrasif di daerah, negeri, negara dan pernah membuat persembahan di luar negara seperti Medan sewaktu rancangan pertukaran kebudayaan anjuran Kementerrian Kebudayaan dan Sukan pernah mewakili Selangaor sempena Pesta Gendang Nusantara Ke 2 di Melaka pada tahun 1997 dan persembahan sempena Seminar Kebangsaan Teater Rakyat di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1996.  Selain memimpin Kumpulan CEmpuling Seni Era Baru, Muhamat Mustakim juga turut memimpin kumpulan Koompang Sri Telu dan Jiduran disamping menjadi tenaga pengajar ko-kurikulum kumpulan muzik Cempuling Sekolah Kebangsaan Bukit Kaparyang dianggotai oleh murid-murid tahun 4 dan 5 sekolah tersebut.  Ia telah menjadi kumpulan yang berorganisasi dan lebih tersusun di bawah naungan Dato Haji Abu Sujak Bin Mahmud.  Sekarang didapati lebih daripada 20 buah kumpulan Cempuling di sekitar Selangor.  Ini menunjukkan satu petanda baik di dalam kita menghadapi zaman melinium seni tradisional ini tidak kita pinggirkan.

No comments:

Post a Comment